Sunday 3 July 2011

GATAL JARI

Memang minggu ini minggu gatal jari. Gatal sajer jari aku nak klik butang “unfriend” kawan-kawan di FaceBook. Awal  minggu aku ‘unfriend’ 7 kawan. Selang sehari kemudian aku ‘unfriend’ 9 kawan. Dua hari lepas aku ‘unfriend’ 6 lagi kawan. Sejam yang lalu aku ‘unfriend’ seorang lagi.

Korang pikir la..kawan apernyer kalau setelah 2 tahun request mereka kita terima, tidak ada sebarang bentuk komunikasi terjalin. Entah mengapa mereka menghantar friends’ request…aku kurang pasti. Tetapi aku menerima mereka sebagai kawan kerana mereka adalah mutual friends kepada si polan- si polan serta atas dasar mengeratkan silaturrahim sesama insan. Aku hantar ucapan harijadi pada harijadi mereka. Aku hantar ucapan hari raya kepada mereka. Aku tinggalkan “I Like” pada posting dinding mereka yang kukira menarik dan relevan. Tetapi mereka seperti tidak mengenal aku pulak.

Ada juga segelintir kawan-kawan lama yang aku cari jejak mereka di FaceBook dan setelah menjumpai, aku menghantar friends’ request…Alhamdulillah…mereka pun terima. Selepas itu, mereka membatu seperti orang asing. Komen yang aku tinggalkan di dinding terbiar kaku. Pesanan yang dihantar ke Inbox tidak berbalas. Nak kata tidak kenalkan aku, mereka terima pulak friends request  yang aku hantar. Nak kata tidak aktif berFaceBook…ada sajer posting mereka keluar di dinding.

Korang cakap la…kawan apanyer ginih? Itu ada tinggal lagi 381 kawan di FaceBook. . Lebih separuh dari mereka itu adalah kawan-kawan bermain games di FaceBook. Selebihnya lagi kawan-kawan yang gemar  bermain dan bercakap tentang politik. Selebihnya lagi adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan  tempat kerja lama. Aku rasa…kalau diteliti betul-betul…ada lagi 20 yang buleh di-‘unfriend’kan. Aku tidak mahu memiliki ramai penghias dinding dan aku juga tidak mahu menjadi “peramai’ penghias dinding. Gatal lagi jari ni rupanyer…

No comments:

Post a Comment