Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia.
30/07/2011
Memang telah tertulis dia harus pergi hari ini. Memang telah tertulis pagi ini dia menghirup udara terakhir ke dalam dadanya. Memang telah tertulis malaikat maut menjemputnya hari ini. Memang telah tertulis semua itu dan aku akur.
Tetapi aku tertanya sendiri…ketika dia sedang bergelut memerangi tekanan perasaan…ketika dia bergelut mencari kekuatan diri…ketika dia bergelut untuk tidak jadi gila…adakah kita yang memberi dorongan atau adakah kita yang menambah tekanan? Adakah kita yang menghulur tangan kemaafan dan membantu dia mencari jalan pulang atau adakah tangan kita yang berjari runcing ini menunding-nunding lagi kesilapannya? Adakah kita bersama memimpin dan menemani dia yang di dalam kegelapan atau adakah kita yang meninggalkan dia di dalam kelam kesengsaraan?
Memang telah tertulis ajalnya sampai pagi ini. Dan aku yang masih bernafas ini…berfikir sendirian…ketika nyawa di kerongkongannya pagi tadi…di manakah kita berdiri? Adakah lagi di hati kita sifat pengasih dan kasih sayang sesama insan atau kita tidak ambil peduli kerana hati kita telah mati lama sebelum Aleesha Farhana dipanggil mengadap illahi.
Semoga roh mu tenang di sana. Amin. Al Fatihah
~kalaulah~