Sunday, 3 July 2011

BODOH MAUT!!!

Meradang sungguh bila baca status seorang kawan di FB. Dia membebel-bebel tentang segelintir orang Malaysia yang munurut dia ‘tidak tahu bersyukur”. Entah la…bila membaca status balaci KERAjaan yang tentu-tentu mengutuk dan mempersendakan parti-parti  lain selain dari KERAjaan..tak pulak sesakit ini rasa di hati. Tetapi bila terbaca status pompuan tu tadi… terus menggelegak darah dalam salurnadi…kepala yang jarang-jarang sakit tetiba berdenyut-denyut di sebelah kanan. Mungkin kerana dia menggunakan perkataan ‘sampah’ dan ‘melarat’ dalam statusnya yang membuatkan darah ku menyirap ke kepala!

Sayang Babe…muka you saja lawa…putih melepak, lembut dan ayu...tapi bila you bukak mulut…jelas menggambarkan akal you yang tak berapa cantik.

P.S
Seorang lagi di-‘unfriend’ dari list. Kan aku dah kata….jari aku belum habis gatalnyer…

No comments:

Post a Comment