Tuesday 31 May 2011

31 Mei 2011
Gaji Terakhir

Setelah memperosah bekas majikan dengan asakan sms yang agak kurang manis, akhirnya malam ini aku dapat juga baki gaji bulan March yang tertunggak. Alhamdulillah .Bukan banyak mana pun jumlah yang terhutang, tetapi aku rasa dia memang mempunyai missi untuk mencipta neraka dunia untuk aku. Dan untuk selama 2 bulan yang lalu ini...sememangnya missi dia tercapai..amat payah sungguh bila duit tiada di dalam genggaman...dan lebih payah lagi bila kita tahu duit kita itu berada di dalam genggaman orang lain...

Maka, setelah kesabaran tidak ddapat dibendung..aku pun bertekad menghantar kepada bekas majikan ku itu sms-sms yang pada kiraan ku agak kurang sopan...dan alhamdulillah...strategi aku itu membuahkan hasil.

Ini bererti antara aku dan bekas majikan memang tiada lagi hubung kait apa-apa pun.  Aku tidak perlu dan tidak mahu lagi berurusan dengan perempuan separuh gila itu. Tamat. Amin. Tetapi ini juga bererti selepas malam ini…dari tempat di mana aku berdiri ini, aku tidak nampak dari mana akan datang  punca kewangan yang akan mengisi kekosongan dompet setelah habisnya gaji yang terakhir ini. 

1 comment:

  1. Mungkinkah dari sumber yang tidak disangka sangka..? Dia maha mengetahui... Ameen

    ReplyDelete